Rabu, 30 September 2015

Jom Jadi Kretif Dalam Bersedekah

Hebat Amalan Sedekah.

Kreatif dlm bersedekah:

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yg datang

2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

3. Sentiasa sediaka n wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

4. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

11. Setkan pada handphone anda, pengera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah @ al-ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Selamat bersedekah.... ☺☺


Rabu, 23 September 2015

Jantung-Kelebihan Minum Air Masak


Kelebihan minum air masak. Dulu ji x suka minum air masak hingga 2liter sehari. Scukup 2 gelas sehari tu pun ok sangat dah.

Selepas ambil Shaklee, mummy Shaklee always nasihat dan suruh minum air 2-3 liter sehari. Then,,WoWWW!! Lain sangat rasa badan. Ringan jer sebab selalu kencing. Jadinya masa kencing tu kan toksin keluar dari badan. Rasa segar dan sihat.

Nak nak pulak ji ambil suplemen, confirm lah kena minum air yang cukup. Haaa,nak cantik dan kulit tegang pun kena banyak minum air masak. Rugiii sangat mereka yang tak suka minum air masak.

Jom sama-sama amalkan minum air masak 2liter ke atas setiap hari.


Solat Selepas Haid-Penting Untuk Wanita

Untukkmu wanita

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

 Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

 Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

 Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

 Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

 Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran ke
pada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

 TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!


Khamis, 17 September 2015

Set Cantik Shaklee


Antara keempat empat vitamin ni, Vitamin C yang menjadi pilihan ji berpanjangan. 
Ji hanya mengamalkan Vitamin C sahaja untuk menjaga kesihatan kulit. Malah Vitamin C juga membantu mengatasi masalah kesihatan seperti demam, selsema, dan batuk.

Sangat jimat vitamin C ni.
Sebotol mempunyai 180 biji.
1 biji sehari = 6bulan
2 biji sehari = 3 bulan
Hanya dengan RM92.50 sahaja.

Persiapan Untuk Ke Kelas

Hari ni ji nak share tips untuk ke kelas yang cuba ji amalkan:

1. Bangun sewak 6 pagi.
Untuk pelajar yang biasa belajar di awal pagi, mereka bangun sekitar jam 4 atau 5 pagi.

2. Kemudian terus mandi dan solat subuh.
Selepas solat boleh amalkan baca Al-Mathurat atau pun mana mana surah pilihan.

3. Jam 7 pagi, iron baju.
Seeloknya iron baju awal sebelum tidur atau pun iron baju siap siap untuk seminggu.

4. Kemudian terus bersarapan.
Kebiasaan ji ambil ESP di setiap pagi untuk bagi tenaga dan rasa kenyang. Then bakar 2 keping roti. Macam macam yang boleh kita ambil untuk sarapan pagi. Nestum, biskut, minuman coklat dan sebagainya. Yang penting JANGAN skip sarapan pagi.

5. Jam 7.20 pagi terus bersiap.
Pakai pakaian yang sesuai untuk ke kelas. Kemaja atau baju kurung.

6. Jam 7.45 pagi, gerak kek kelas.
Tak elok sekiranya pelajar tiba lewat dari pensyarah. Cuba awalkan waktu anda ke kelas

Lagi elok jika:
~amalkan berwudhuk sebelum masuk kelas
~amalkan WAJIB bersarapan
~amalkan solat sunat Dhuha terlebih dahulu

Sekian sahaja dari ji.
Ji juga pelajar, hehe 😉

Rabu, 9 September 2015

TESTIMONI GLA Pabila Gambar Berbicara #part 1





Mengambil GLA sebagai langkah mencegah kanser yang mana wanita perlukan suplemen EPO untuk mengelakkan cyst.

Dalam masa yang sama dapat BONUS merekah tumit kaki hilang, kulit semakin gebu, whitehead di hidung hilang, muka dah tak kering.



Merawat masalah kitaran haid yang tidak teratur.

Jimat bawah RM 50 sebulan dengan pengambilan 1biji sehari.

 


Nak rasa perubahan hebat dengan GLA.
boleh terus Contac ji
014-5112941

Isnin, 7 September 2015

Al-Kisah Testimoni GLA



Testimoni ni ji nak citer tentang Effect GLA buat mereka yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur.

Alhamdulillah, selepas 3 bulan consume GLA setiap hari, kitaran haid semakin teratur. Setiap bulan akan datang bulan. Tetapi jangan berhenti pulak makan GLA, kena konsisten.

------------------------------------
Alhamdulillah, selepas sebulan consume GLA, kawan ji sendiri selamat dari masalah cyst. Selepas doc dapat detect dia ada cyst terus dia minta ji oderkan GLA untuk dia. selepas sebulan cyst kecut. Doc pun tak sangka dengan cepat cyst kecut. Selepas tu, kawan ji consume set suami isteri Shaklee pulak, nak dapat baby la katakan.

Doakan kawan ji erk !!


Nanti ji share lagi erk tentang GLA ni khas untuk kaum wanita. Ji dah nak dekat final. Doakan ji dapat jawab exam dengan baik yea nanti. Tq semua sudi baca entry ni.

Khamis, 3 September 2015

Tips Cantik Dengan Vitamin C



Sejak setahun Ji bersama Vitamin C. Ji suka vitamin C untuk menjaga dan merawat kulit. Dulu kulit berjerawat dan parut Jerawat yang agak teruk. Selepas ber Vitamin C kulit pulih dengan baik.

Kat sini Ji nak share Tips Ji sendiri dengan Vitamin C.

Tips 1:
Ji amalkan 2 biji sehari (1biji pagi selepas breakfast dan 1biji malam sebelum tidur). Amalan ini di awalkan pengambilan sebulan yang pertama dengan Vitamin C Shaklee.

Tips 2:
Selepas agak pulih dari parut jerawat Ji amalkan 1 biji sehari sebelum tidur.

Tips 3:
Ambil 1/2 biji Vitamin C, rendam dalam sedikit air. Tunggu sehingga lebut. Kemudian gaulkan agak-agak lembik sedikit. Then jadikan ia MASKER Vitamin C. Sapu pada muka, tunggu sehingga kering dan basuh. Boleh amalkan 3-4 kali seminggu (nak hari-hari pun boleh).

Tips 4:
Untuk MASKER, boleh campur dengan ESP ataupun Vitamin E. Lagii cepat kesannya. Dan lagi hebat perubahan yang akan dialami.

Tips 5:
Ji amalkan pengambilan Vitamin C ini dengan 2-3 liter air sehari. WAJIB !! sebab kulit nak lembut dan segar.
Kulit Segar seperti buah Epal.

Boleh follow DI SINI untuk tips kulit cantik yang lebih banyak.







Hari Malaysia Giveaway



Hari Malaysia ,16 September. Maka ternama lah giveaway ni sebagai HARI MALAYSIA GIVEAWAY BY Mumtaz As-Syifa'.

-Hadiahnya ialah, 2 topup RM10.
-TEMPOH GIVEAWAY(GA) BERLANGSUNG : 3 Setember - 16 September 2015.
-Pemenang akan diumumkan dalam masa seminggu selepas tarikh tamat.
-GA ni saya bahagikan kepada 2 kategori : utk BLOGGER & FACEBOOKER ..so, 1 hadiah utk blogger yg bertuah dan 1 lg hadiah utk facebooker yang bertuah..menarik kan??

Syarat-syaratnya: 
Simple sahaja untuk BLOGGER (wajib buat tau)

1. Buat entri yang bertajuk "Hari Malaysia Giveaway By Mumtaz As-Syifa' " , copy banner di atas then letak kat entry korang yea.

2. Lepas tu, korang nak buat entry apa saje, terpulang, taknak buat pun tak apa asalkan entry korang link ke GA nih.

3. Follow blog Mumtaz As-Syifa'

4. FOLLOW Facebook  Mumtaz As-Syifa' di Najihah Yazid.

5. klik  Hari Malaysia  Giveaway By jihahyazid.blogspot.com  dan tekan button SHARE.

Bila dah selesai semua di atas, sila tinggalkan URL entry korang kat kotak komen entry ini.


Syarat-syaratnya:
Simple je untuk FACEBOOKER (wajib buat tau..)

1. FOLLOW Facebook Mumtaz As-Syifa' at Najihah Yazid 

2. Clik Merdeka Giveaway By Mumtaz As-Syifa' dan tekan button SHARE ke wall korang dan TAG 5 orang rakan Facebook korang.

3. Bila dah selesai semua di atas, sila tinggalkan komen "SELESAI" korang kat kotak komen entry ini.


2 pemenang akan dipilih secara random dari random.org

NAMA PESERTA  
(akan diupdate seminggu selepas tarikh tamat)