Rabu, 30 September 2015

Jom Jadi Kretif Dalam Bersedekah

Hebat Amalan Sedekah.

Kreatif dlm bersedekah:

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yg datang

2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

3. Sentiasa sediaka n wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

4. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

11. Setkan pada handphone anda, pengera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah @ al-ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Selamat bersedekah.... ☺☺


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

-love to accept comment-